Pada 22 April 2013 yang lalu satu majlis perasmian Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor telah diadakan di Pusat Pendidikan JAIS (PSPJ) Jln Bukit Jati ,Kg Jawa Klang. Pihak Bahagian Pendidikan Islam, JAIS telah berbesar hati menjemput tuan pengetua Puan Siti Zubaidah bt Ahmad dan ketua panitia Bahasa Arab iaitu Ustzh Hazarina bt Khalid untuk menghadiri majlis perasmian tersebut. Majlis dimulakan dengan ketibaan para dif kehormat dan perasmi makmal bahasa arab iaitu Y.A.D Dato Setia Haji Mohamad Adzib bin Isa (Pengerusi MAIS). Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tayangan montaj ,persembahan bahasa berirama,pidato dan hiwar oleh pelajar-pelajar MITST. Seterusnya para delegasi dibawa melawat Makmal Pusat Bahasa bagi melihat kemudahan-kemudahan ICT dimana setiap komputer tersebut telah dilengkapi dengan perisian 'Language Lab Management System ( Relan Pro), perisian PdP Bahasa Arab ( Tell Me More ) dan program-program sampingan yang disediakan untuk kemudahan para pelajar. Para pelawat juga berpeluang mencuba bahan bantu mengajar tersebut disamping melihat sendiri pdp yang sedang dijalankan oleh tenaga pakar guru-guru Bahasa Arab dari luar negara.Majlis telah berakhir pada jam 1 petang dan dihidangkan dengan santapan 'Nasi Arab' yang sungguh menyelerakan.
Friday, 26 April 2013
"Syoknya Berbahasa Arab "
Pada 13 April 2013 bertempat di surau SAM Hulu Langat , Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama Biro Pendidikan Asrama telah menganjurkan program tersebut. Pada tarikh itu telah berlangsung juga Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012. Memandangkan minggu tersebut adalah minggu pelajar asrama tidak balik kampung , maka pihak panitia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program tersebut. Pengendali program yang telah dijemput ialah Ustaz Azlan. Program santai berbentuk 'lu'bah lughawiah
' ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk menyayangi bahasa Al-Quran dengan kaedah santai dan menyeronokkan.
Tuesday, 9 April 2013
Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2012
Kira-kira seramai 143 orang calon pelajar SPM SAM Hulu Langat 2012 telah berusaha bagi menghadapi peperiksaan SPM yang telah bermula pada 5-11-2012 sehingga 6-12-2012. Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu, hari yang dinanti nanti, pada 21-3-2013 bersamaan hari Khamis, majlis penyerahan keputusan SPM diadakan di dewan SAM Hulu Langat. Majlis dimulakan dengan menunggu kehadiran calon-calon SPM 2012 kira-kira dalam pukul 10.30 pagi dan diikuti ucapan daripada puan pengetua SAM Hulu Langat pada jam 11.30 pagi. Kira-kira jam 11.45 pagi, keputusan rasmi diumumkan. Alhamdulillah dengan berkat tunjuk ajar para guru serta hasil usaha para pelajar, calon-calon SPM 2012 berjaya merangkul kecemerlangan. Alhamdulillah seramai 5 orang pelajar berjaya mendapat 11A. Kami warga SAM Hulu Langat mengucapkan tahniah kepada para pelajar SPM 2012 kerana berjaya dengan cemerlang, tidak dilupakan juga para ibu bapa serta guru-guru yang banyak membantu.
Alhamdulillah subjek Bahasa Arab Tinggi telah menunjukkan peningkatan GPMP 0.66 ( 2011 : 4.33 ~ 2012 : 3.67 ) dan hanya 2 orang sahaja pelajar yang gagal daripada seramai 143 orang calon yang mengambil kertas ini. Seramai 44 orang calon mendapat pangkat A berbanding 37 orang pada tahun 2011.
Semoga pada tahun ini , calon SPM 2013 akan lebih menyerlah dan peratusan yang mendapat A akan meningkat InsyaAllah terutama dalam madah Bahasa Arab. Matlamat guru-guru Bahasa Arab adalah sifar RASIB !! ..
Mukhayyam 'Aroby oleh IKPM Darus Salam Gontor
Pada 15 - 17 Mac 2013 yang lalu , Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama PIBG SAM Hulu Langat telah menganjurkan Program Mukhayyam 'Aroby yang telah dikelolakan sepenuhnya oleh IKPM Darus Salam Gontor , Indonesia. Pihak panitia telah menberi amanah kepada alumni Gontor ini untuk melaksanakan satu program cintai Bahasa Arab khusus untuk para pelajar tingkatan 2. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ta'lim jamaie , qasidah, nasyid 'araby, muhadasah asasiyah , riadah dan pelbagai lagi. Program ini dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan dan para pelajar telah dapat menguasai sedikit-sebanyak kemahiran melalui pendekatan yang telah dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)