Mengapa Al-Quran Berbahasa Arab? Setiap saat,
lahirnya orang-orang alim yang mampu menghafaz isi kandungan Kitab Suci
Al-Quran. Hatta, orang buta atau kanak-kanak. Itulah bezanya dengan Kitab Suci
lain.
“Mengapa Al-Quran diturunkan kepada seorang
Nabi yang miskin dan buta huruf (ummiy)? Mengapa tidak diberikan kepada
pembesar Mekkah mahupun Tha’if saja?” Pertanyaan seperti ini sering menjadi
tanda tanya. Pertanyaan yang sama, “Mengapa Al-Qur’an berbahasa Arab?” Banyak dalil
yang mengungkap hal ini.
Boleh dikata, hampir semua ayat tersebut
menyatakan, bahwa Al-Qur’an itu diturunkan dalam “bahasa Arab”. Adalah mustahil
jika kerana Allah menurunkan Al-Quran ke dalam bahasa Arab kemudian dikatakan
ianya“tidak universal”. Kenapa Allah memilih bahasa Arab? Bukan bahasa lain?
Mungkin itu adalah hak Allah. Meskipun demikian, pilihan Allah mengapa Al-Quran
itu dalam bahasa Arab bisa dijelaskan secara ilmiah.
Pertama, sampai hari ini, bahasa yang berasal
dari kaum kuraisy yang masih bertahan sempurna adalah bahasa Arab. Bible (Old
Testament) yang bahasa aslinya bahasa Ibrani (Hebrew) telah musnah, sehingga
tidak ada naskah asli dari Perjanjian Lama.
Kedua, bahasa Arab dikenal memiliki banyak
kelebihan: (1) Sejak zaman dahulu kala hingga sekarang bahasa Arab itu
merupakan bahasa yang hidup, (2) Bahasa Arab adalah bahasa yang lengkap dan
luas untuk menjelaskan tentang ketuhanan dan ukhrawi, (3) Bentuk-bentuk kata
dalam bahasa Arab mempunyai tasrif, yang amat luas hingga dapat mencapai 3000
bentuk perubahan, yang demikian itu tak terdapat dalam bahasa lain.
Ketiga, Allah menurunkan Al-Qur’an kepada
Rasulullah SAW. dalam bahasa Arab yang nyata (bilisanin ‘Arabiyyin mubinin),
agar menjadi: mukjizat yang kekal dan menjadi hidayah (sumber petunjuk) bagi
seluruh manusia di setiap waktu (zaman) dan tempat (makan); untuk mengeluarkan
manusia dari kegelapan kepada cahaya: dari kegelapan “syirik” kepada cahaya
“tauhid”, dari kegelapan “kebodohan” kepada cahaya “pengetahuan”, dan dari kegelapan
“kesesatan” kepada cahaya “hidayah”.
Keempat, menurut Syeikhu’l-Islam, Ibnu
Taimiyah, “Taurat diturunkan dalam bahasa Ibrani saja. Dan Musa ‘alayhissalam
tidak berbicara kecuali dengan bahasa itu. Begitu juga halnya dengan al-Masih:
tidak berbicara tentang Taurat dan Injil serta perkara lain kecuali dengan
bahasa Ibrani. Begitu juga dengan seluruh kitab. Ia tidak diturunkan kecuali
dengan “satu bahasa” (bilisanin wahidin): dengan bahasa yang dengannya
diturunkan kitab-kitab tersebut dan bahasa kaumnya yang diseru oleh para rasul.
Justeru Al-Quran diturukan dalam bahasa Arab.
Walaupun bahasa Arab adalah bahasa yang
sukar, namun bukanlah susah bagi umat Islam menghafaznya. Ini berbeza dengan
kitab suci lain, sebagaimana Bible misalnya. Keuniversalan Al-Quran lainnya,
dibuktikan dengan bagaimana Allah menjaganya melalui orang-orang alim dan yang
memiliki kelebihan dalam menghafaznya (tahfiz). Walaupun ianya terdiri dari
ribuan ayat, dalam sejarah, selalu saja banyak orang mampu menghafaznya secara
cermat dan tepat. Hatta, ia orang buta atau kanak-kanak pun. Al-Quran, mudah
dihafaz atau dilagukan dengan gaya apapun.
Oleh itu, ayuh belajarlah bahasa Arab kerana
ianya Bahasa Al-Quran.
No comments:
Post a Comment