Tema Hari Guru 2013 : GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
Ramai murid kini yang telah mula menyayangi guru-gurunya bahkan menjadikan guru-gurunya tempat bermanja seperti ibubapa mereka. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka lupa tentang adab-adab mereka pabila berhadapan dengan guru-guru mereka. Disebabkan terlalu seronok berdamping dengan guru sehinggakan lupa untuk menjaga hati guru kita. Seeloknya berusaha untuk tidak mengecilkan hati guru-guru anda ,takut keberkatan ilmu itu akan hilang nanti tanpa disedari.
Jadi, apa kata kita koreksi semula adab-adab dengan guru yang perlu kita fahami semula. Jangan kerana terlalu 'sayang' sampai kita lupa adab-adab ketika bersamanya. Adab-adab itu adalah :
- Memulakan salam apabila bertemu dengan guru.
- Jangan memperbanyakan percakapan bila bersama guru. Maksudnya guru tanya 2 patah perkataan ,murid jawab berpuluh-puluh patah perkataan dengan niat untuk 'bergurau yang berlebihan'..
- Jangan bercakap-cakap sebelum guru bertanya kepadanya.
- Jangan bertanya kepada guru sebelum meminta izin darinya.
- Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puashati) terhadap apa jua perkataan gurunya.
- Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya dengan menyangka bahawa dia lebih mengetahui dari gurunya. ( ada sesetengah pelajar suka menunjuk sesuatu perkara yang dia tahu tetapi guru tidak tahu dengan cara yang kurang beradab )
- Jangan berbisik dengan kawan yang duduk berdekatannya sedangkan guru ada disebelahnya.
- Jangan memperbanyakkan soalan ketika guru sedang letih ( guru pun manusia biasa )
- Apabila guru berdiri , maka dia juga hendaklah berdiri untuk menghormatinya ( terutama apabila guru sedang menyoal dalam kelas. Lakukanlah tanpa disuruh )
- Jangan jahat sangka terhadap guru pabila melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gururnya itu lebih mengetahui akan dengan rahsia perbuatannya sebagaimana kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Sayangilah guru anda sepertimana anda menyayangi ibubapa anda sendiri. Bercakap sesuatu kepada guru biarlah berlapik dan tidak menjadikan guru-guru seperti kawan-kawan sendiri. Walaupun guru-guru ini nampaknya mesra dan tersenyum dengan sesetengah perkara , namun kita tidak mengetahui apa yang sedang dirasainya ketika itu. Guru mempunyai akhlak yang mulia dan seboleh mungkin tidak menghampakan harapan dan permintaan murid-muridnya sekalipun dirinya sendiri berhadapan dengan pelbagai kesulitan hidup. Tapi pabila dia telah tunaikan janganlah murid-murid mengambil kesempatan. Ingatlah!! Keredhaan guru sangat penting untuk memudahkan murid mendapatkan ilmu dari gurunya..نحن نحبّكم جميعا في الدنيا والآخرة ان شاء الله.....الله غايتنا....الرسول قدوتنا..
Sahabat guru seperjuangan , bidang yang kita pilih ini penuh berliku , sentiasa diuji dalaman dan luaran. Kerapkali diasak dengan pelbagai mehnah tanpa diduga . Namun , hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa yang kita impikan dan harapkan kepada para pelajar kita sekalipun mereka tetap tidak memahami hingga akhirnya.
Sahabat guru seperjuangan , bidang yang kita pilih ini penuh berliku , sentiasa diuji dalaman dan luaran. Kerapkali diasak dengan pelbagai mehnah tanpa diduga . Namun , hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa yang kita impikan dan harapkan kepada para pelajar kita sekalipun mereka tetap tidak memahami hingga akhirnya.
No comments:
Post a Comment