Pada tarikh 14 Februari 2014 bersamaan hari Jumaat yang lalu telah diadakan mesyuarat khas pelaksanaan Minggu Bahasa 2014 yang bakal diadakan pada 24/2 - 7/3/2014 nanti. Ia melibatkan gabungan antara panitia Bahasa Arab, panitia Bahasa Melayu dan panitia Bahasa Inggeris. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norasyikin selaku Ketua Bidang Bahasa SAM Hulu Langat.
Semua guru Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu berkumpul dan berbincang akan bentuk pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan. Hasil keputusan mesyuarat menetapkan program tersebut akan dibahagikan mengikut hari tertentu bagi setiap bahasa agar para pelajar dapat membuat persediaan yang lebih tersusun mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Panitia masing-masing juga akan bekerjasama dengan persatuan masing-masing untuk pelaksanaan program tersebut sepertimana tahun lepas. Diharapkan para pelajar tidak mensia-siakan peluang dan bakat masing-masing untuk menyertainya.
No comments:
Post a Comment