Cabaran telah bermula bagi para pelajar tingkatan 3 2014 dan para guru tingkatan 3 apabila baru-baru ini satu taklimat penambaikan PBS dan PT3 yang ditunggu-tunggu sekian lama sekaligus menjadi tanda-tanya warga pelajar dan guru telahpun dibentangkan. Pembentangan oleh GPK1 dan Puan Nurul Akmal sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan walaupun maklumat menyeluruh tentang format dan bentuk soalan ujian bertulis masih menjadi tanda-tanya sedangkan bulan Mei semakin tiba!
Lazimnya seperti tahun-tahun terdahulu bulan Mei keatas dianggap sebagai 'bulan memulakan pecutan' bagi guru-guru tingkatan 3 sebagai persediaan menghadapi PMR seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun tahun ini sedikit suram dan semangat juga bercampur-baur. Namun mengenangkan anak-anak didik yang dahagakan ilmu sementelahan juga mereka adalah generasi pertama yang bakal menerima transformasi baru dalam dunia pendidikan kini menjadi pembakar semangat guru-guru untuk terus melangkah.
|
|
|
Ujian PT3 yang bakal dilaksanakan
Tiga penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS):
* Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran .Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
* Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran secara offline. Menerusi PBS baru 2014 juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan Tiga akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
* Guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar golongan berkenaan. Di mana perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.
Bagi madah Bahasa Arab , para pelajar akan diuji melalui PBS dan ujian bertulis sahaja. Kertas soalan akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan kertas jawapan pelajar akan ditanda oleh guru-guru sekolah dengan pengawasan pentaksir yang dilantik. Mudah kata keseluruhannya termasuk pengeluaran sijil diakhir ujian sebagai asas pemilihan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan lain-lain turut tergalas dibawah tanggungjawab sekolah!
Jadual Pelaksanaan
- Pelbagai Instrumen
Pentadbiran : 1 - 18 Julai
Hantar gred : 15 - 29 Ogos
- Ujian Lisan
Penatdbiran : 6 - 29 Ogos
Hantar Gred : 15 - 29 Ogos
- Ujian Bertulis
Pentadbiran : 12 - 17 Oktober
Hantar Gred : 1 - 14 November
Kini, dalam keadaan format yang masih kabur dan pelaksanaan PBS yang akan dimulakan semula sehingga akhir tahun para pelajar perlulah membuat persediaan dari sekarang. Persediaan yang dimaksudkan disini ialah persediaan kekuatan mental dan fizikal menghadapi apa jua kemungkinan dan cabaran tempoh yang boleh dikatakan singkat ini.
|
No comments:
Post a Comment