Pada 6 Julai 2014 yang lalu seramai 63 orang pelajar tingkatan 5 dari kelas 5 Al Khawarizmi dan 5 Al Farabi telah menyertai Program Target A Bahasa Arab SPM yang dianjurkan oleh Interactive Learning Solution bertempat di dewan kuliyah kejuruteraan UIAM ,Gombak. Guru pengiring yang terlibat ialah Ustazah Nirmala bt Arusman dan Ustaz Dzailqamar b Hasan selaku guru Bahasa Arab bagi kelas-kelas tersebut. Program tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dan penceramah bagi program ini merupakan penceramah yang tidak asing lagi kepada para pelajar iaitu Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah. Sesi penerangan bermula dengan mengulangkaji topik-topik nahu sorof diikuti dengan teknik menjawab soalan -soalan kertas 1 & 2. Secara keseluruhan program ini telah mencapai objektifnya iaitu memberi pemahaman secara menyeluruh kepada para peserta disamping kaedah penerangan yang jelas, tepat dan menghiburkan. Program tersebut berakhir pada jam 4.15 petang dan para peserta dibekalkan dengan juadah berbuka puasa. Doa kami guru-guru Bahasa Arab agar para pelajar tingkatan 5 2014 ini akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2014 InsyaAllah..
Monday, 18 August 2014
Friday, 4 July 2014
Mesyuarat Latihan Pemasangan Item PT3 dan Panduan Penandaan Kertas Bahasa Arab Daerah Hulu Langat 2014
Thursday, 12 June 2014
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
Jika semua harta adalah racun maka zakat adalah penawarnya ,
Jika seluruh umur adalah dosa maka taqwa dan taubat adalah ubatnya,
Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadhan adalah pemutihnya.
Penuhilah bulan yang penuh barakah ini dengan menggandakan amalan-amalan soleh. Tiada siapa boleh menduga adakah mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat kita. Siiru 'Ala Barakatillah...
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN
&
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
dari kami guru-guru ahli Panitia Bahasa Arab SAM Hulu Langat 2014
Wednesday, 30 April 2014
PT3 & Penambahbaikan PBS 2014
Cabaran telah bermula bagi para pelajar tingkatan 3 2014 dan para guru tingkatan 3 apabila baru-baru ini satu taklimat penambaikan PBS dan PT3 yang ditunggu-tunggu sekian lama sekaligus menjadi tanda-tanya warga pelajar dan guru telahpun dibentangkan. Pembentangan oleh GPK1 dan Puan Nurul Akmal sedikit sebanyak menghilangkan kerisauan walaupun maklumat menyeluruh tentang format dan bentuk soalan ujian bertulis masih menjadi tanda-tanya sedangkan bulan Mei semakin tiba!
Lazimnya seperti tahun-tahun terdahulu bulan Mei keatas dianggap sebagai 'bulan memulakan pecutan' bagi guru-guru tingkatan 3 sebagai persediaan menghadapi PMR seperti tahun-tahun sebelumnya. Namun tahun ini sedikit suram dan semangat juga bercampur-baur. Namun mengenangkan anak-anak didik yang dahagakan ilmu sementelahan juga mereka adalah generasi pertama yang bakal menerima transformasi baru dalam dunia pendidikan kini menjadi pembakar semangat guru-guru untuk terus melangkah.
Friday, 18 April 2014
Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2013
Alhamdulillah keputusan SPM 2013 telah diumumkan dan tidak terlambat rasanya pihak Panitia Bahasa Arab terutamanya para guru Bahasa Arab mengucapkan 'alfu mabruk' kepada semua calon yang telah berjaya mencapai target yang telah dirancang dan bagi yang kurang berjaya usah terlalu bersedih..teruskan perjuangan menuntut ilmu ke peringkat seterusnya. InsyaAllah jalan ke arah kejayaan dan kecemerlangan itu sentiasa ada & terbuka bagi mereka yang terus berusaha, berdoa dan bertawakal.
Keputusan madah Bahasa Arab juga mencapai kecemerlangan dengan pengurangan jumlah calon yang gagal dan peningkatan calon yang mendapat A. Berikut adalah analisa madah Bahasa Arab SPM 2013 :
GPS Sekolah 2012 : 3.45
GPS Sekolah 2013 : 3.52
Jazakumullah Khairul Jaza' kepada barisan guru-guru Bahasa Arab SPM iaitu Ustzh Nirmala Arusman,Ustzh Azarina Karim,Ustzh Siti Munyra AlHaj & Ustaz Dzailqamar Hasan atas usaha dan penat lelah mendidik dan menabur bakti kepada calon-calon SPM SAM Hulu Langat tahun 2013
Saturday, 15 March 2014
Minggu Bahasa ( BM,BI & BA ) 2014
Kolaborasi tiga panitia iaitu panitia Bahasa Melayu
, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab SAM Hulu Langat telah menganjurkan
satu lagi aktiviti takwim tahunan panitia iaitu Minggu Bahasa yang telah
diadakan pada 24 Februari sehingga 4 Mac 2014 dengan kerjasama
persatuan masing-masing. Program ini telah dirasmikan dengan acara
memotong kek oleh Tuan Pengetua, GPK Pentadbiran dan GPK Kokurikulum.
Objektif minggu bahasa ini diadakan adalah untuk menarik minat para
pelajar untuk memartabatkan Bahasa Melayu, mempertingkat Bahasa Inggeris
dan memperkasa Bahasa Arab. Bagi panitia Bahasa Arab pula, pelbagai aktiviti telah
dijalankan pada 26 & 27 Februari 2014 ( Rabu dan
Khamis ) antara acara yang dipertandingkan ialah kuiz ala MISS, hiwar, bercerita,
karikatur Arab,kaligrafi khat dan multimedia. Pada 10
Februari 2014 berikutnya, majlis penutupan minggu bahasa telah
dijalankan dengan penyampaian hadiah bagi peserta yang memenangi acara
yang telah dipertandingkan. Alfu mabruk lakum !!
Thursday, 13 March 2014
Bengkel Kemahiran Debat Bahasa Arab
Monday, 17 February 2014
Mesyuarat Pelaksanaan Minggu Bahasa 2014
Pada tarikh 14 Februari 2014 bersamaan hari Jumaat yang lalu telah diadakan mesyuarat khas pelaksanaan Minggu Bahasa 2014 yang bakal diadakan pada 24/2 - 7/3/2014 nanti. Ia melibatkan gabungan antara panitia Bahasa Arab, panitia Bahasa Melayu dan panitia Bahasa Inggeris. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norasyikin selaku Ketua Bidang Bahasa SAM Hulu Langat.
Semua guru Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu berkumpul dan berbincang akan bentuk pelaksanaan program yang bakal dilaksanakan. Hasil keputusan mesyuarat menetapkan program tersebut akan dibahagikan mengikut hari tertentu bagi setiap bahasa agar para pelajar dapat membuat persediaan yang lebih tersusun mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Panitia masing-masing juga akan bekerjasama dengan persatuan masing-masing untuk pelaksanaan program tersebut sepertimana tahun lepas. Diharapkan para pelajar tidak mensia-siakan peluang dan bakat masing-masing untuk menyertainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)