Aktiviti Persatuan BA

Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2012

Pada 2 Oktober 2012 yang lalu Unit Kokurikulum SAM Hulu Langat telah mengadakan Program Anugerah Cemerlang Kokurikulum (ACKK)sebagai acara penutup tahunan bagi semua program-program kokurikulum anjuran unit tersebut. Program ini diadakan bertujuan menghargai prestasi dan sumbangan para guru dan pelajar dalam unit-unit tertentu. Alhamdulillah pada tahun ini persatuan Bahasa Arab turut meraih beberapa anugerah sebagai tanda kenangan hasil usaha kerja keras ahli-ahli persatuan dan guru-guru penasihat dalam beberapa program yang telah dijalankan. Alfu Mabruk kepada semua ahli persatuan Bahasa Arab yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga mereka sepanjang tahun 2012. Segala usaha dan kerjabuat kalian ,kita serahkan perhitungan kepadaNya. Semoga persatuan Bahasa Arab akan terus cemerlang sekalipun pada tahun 2013 ini guru penasihat telah ditukar ganti :)..Apa yang penting adalah matlamat yang satu iaitu memartabatkan Bahasa Arab dihati pelajar-pelajar SAMTEN sekalipun kita melihat cabarannya cukup besar untuk menanam rasa kecintaan pelajar terhadap bahasa Al Quran ini. Namun percayalah , Allah SWT akan membuka ruang seluas-luasnya bagi mereka yang cintakan KALAMULLAH.. RABBI YASSIR WALA TU'ASSIR..
NAIB JOHAN TAMAN ANGKAT ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SAM HULU LANGAT
TAHUN 2010


Sijil yang telah diperolehi. Alhamdulillah ,walaupun naib johan..:)





Semoga kalian semua terus cemerlang walau dimana pun kalian berada 

Anugerah yang telah dimenangi ialah :


  1. Anugerah Kelab/Persatuan Cemerlang - Naib Johan
  2. Anugerah Pengerusi Cemerlang - Saudara Mohd Fakhrul Islam bin Asana
  3. Anugerah Bendahari Cemerlang - Saudara Mohd Aqlan bin Mohd Zaki

" ALFU MABRUK LAKUM !! "...






Taman Angkat Persatuan Bahasa Arab


Projek ini telah diusahakan oleh guru Bahasa Arab iaitu Ustazah Hazarina binti Khalid dan Ustazah Siti Munyra AlHaj Md Zyadi bersama ahli-ahli persatuan semasa cuti pertengahan tahun persekolahan pada tahun 2010.
Rupa asal taman  sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan

ALLAH SWT itu MAHA INDAH 

dan Dia suka kepada yang INDAH. 



Ini lah rupa taman angkat yang telah siap..


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya dunia ini cantik, subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).





Apa yang penting , KERJASAMA ^^





___________________________________________________________



JAMUAN AKHIR TAHUN PERSATUAN BAHASA ARAB TAHUN 2012


Ukhuwwah Fillah tidak kan musnah walaupun ombak walau badai mendesah.. :)



Bergambar sebelum jamuan berlangsung..wajah-wajah gembira walaupun kepenatan main bowling..;)





Khas daripada guru penasihat untuk ahli persatuan BA dan ahli Webmaster yang turut hadir





No comments:

Post a Comment